PN, MN Perlu Elak Bertembung Kerusi Menang, Fokus Kerusi Dimenangi Pembangkang – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

DUNGUN – PAS menggesa parti dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak berebut kerusi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), sebaliknya menumpukan kerusi yang dimenangi pihak lawan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, gesaan itu bagi menambah bilangan kerusi pada PRU-15 sekali gus mengukuhkan kedudukan MN dan PN.

Beliau berkata, ia juga bagi mengelak pertembungan sesama parti dalam gabungan itu.

“Jadi buat masa sekarang ini (kita harap) supaya tiga-tiga parti memberi fokus pada kerusi yang belum kita menang (iaitu) kerusi dimenangi PH (Pakatan Harapan).

“Daripada kita bertembung kerusi (yang) kita menang baik kita fokus kerusi yang tak menang dan masih di tangan PH supaya kita elakkan pertembungan sesama kita dan menambah jumlah kerusi yang boleh kita menangi dalam PRU-15,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Dana Fasa 2 Pasaraya Wakaf Ummah di Mukim Pak Sabah di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan BERSATU sedia bertembung dengan UMNO sekiranya tiada penyelesaian berhubung permuafakatan antara kedua-dua parti itu pada PRU-15.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan UMNO akan mempertahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, PAS memilih untuk menyokong calon daripada parti penyandang kerusi berkenaan sama ada Barisan Nasional (BN) atau BERSATU sekiranya berlaku pertembungan dalam gabungan berkenaan.

Katanya, langkah itu diambil kerana PAS mahu mengelak pertembungan antara BN dan BERSATU.

“Bagi PAS, kita tetap berpegang utuh dengan penyatuan ummah yang menjadi teras parti dan rundingan berterusan akan dilakukan bersama MN dan PN bagi mencapai titik persamaan.

“Kita mahu supaya umat ini bersatu dan kita mahu elak tiga penjuru (kerana ini) pendirian parti dan saya fikir apa masalah pun ada jalan keluar, InshaAllah,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat