Zuraida bakal tubuh Parti Negara Malaysia?

- Advertisement -

CYBERJAYA: Satu Malaysia sudah heboh sebuah parti baharu dengan nama Parti Negara Malaysia (PNM) bakal ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddi bersama dua bekas ahli PKR.

Namun Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu tetap enggan mengulas penubuhan PNM yang dikatakan akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Zuraida dikatakan menjalinkan kerjasama dengan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar menubuhkan PNM.

Ketika ditanya media mengenai kesahihan dakwaan yang dicetuskan mengenai penglibatan beliau dalam parti baharu itu, Ahli Parlimen Ampang itu berkata, perkara itu saling tidak ubah sekadar desas-desus.

“Desas-desus… desas-desus… desas-desus lah…” kata Zuraida dalam sidang media selepas majlis penyerahan dokumen Kenaf Grading Standard di Galeri Kenaf, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kubang Kerian, hari ini.

Difahamkan, penubuhan parti baharu itu bagi membolehkan penyokong beliau dan penyokong Azmin bergerak dalam sebuah platform selepas tersingkir sebagai ahli PKR.

PNM, difahamkan akan kekal berada dalam blok dan menjadi penyokong kerajaan yang diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber turut mendakwa, beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak menyokong PKR juga akan akan menyertai parti baharu itu.

Hubungan Zuraida dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan renggang sejak akhir-akhir ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat