Kes Covid-19 Terkawal, Banyak Kes Baru Libatkan Penjara & Kawasan PKPDB – PM

Puteri UMNO Gesa Kerajaan Pertimbangkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

CYBERJAYA: Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, mengesa agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi...

Peguam Saman Agong Ada Kaitan Dengan Anwar?

Oleh: Dr Kamarul Zaman Yusuff Banyak pihak yang menyesali tindakan seorang peguam memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi...

376 Sekolah, Institusi Pendidikan Di Johor Bahru Ditutup Hingga 14 November – KPM

KUALA LUMPUr - Sebanyak 376 institusi pendidikan di seluruh Johor Bahru, Johor ditutup bermula 1 hingga 14 November ini susulan peningkatan kes positif Covid-19...

Mahathir Nafi Promosi Keganasan, Dakwa Kenyataan Disalah Tafsir

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa pandangannya mengenai isu di Perancis telah disalahtafsir. Bekas Perdana Menteri itu berkata, perenggan ke-12 dalam kenyataannya semalam...

Kerajaan Nafi Abaikan Sabah Berdepan Covid-19

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia tampil menyanggah dakwaan pihak tertentu yang menuduh kerajaan mengabaikan rakyat Sabah berdepan kes Covid-19. Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan,...

KUALA LUMPUR – Rakyat diminta bertenang menghadapi situasi penularan wabak COVID-19 ketika ini kerana ia terkawal.

Malah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut memberi jaminan kesiapsiagaan negara adalah pada tahap tertinggi dan mampu menghadapi penularan jangkitan wabak itu, seperti yang pernah dilalui negara sebelum ini.

“Saya memahami kebimbangan masyarakat berikutan peningkatan kes baharu penularan jangkitan COVID-19.

“Saya ingin memberikan jaminan dan komitmen kerajaan untuk terus mengawal dan menguruskan penularan jangkitan virus ini sebaik mungkin.

“Saya percaya pasukan barisan hadapan negara kita terutama Kementerian Kesihatan dan pasukan keselamatan mempunyai kapasiti serta kepakaran untuk menangani situasi ini dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhyiddin berkata pagi tadi, beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengurusan wabak COVID-19, yang melaporkan mengenai jumlah kes harian dalam negara yang merekodkan 287 kes baharu semalam.

Beliau berkata, berdasarkan pembentangan Kementerian Kesihatan itu, 128 kes dilaporkan di Kedah membabitkan kakitangan dan tahanan di Penjara Alor Setar, manakala selebihnya dilaporkan di Sabah dan beberapa negeri lain di Semenanjung.

Katanya, laporan juga menunjukkan jumlah kes COVID-19 dari Sabah sehingga semalam membabitkan 139 orang iaitu 1.18 peratus daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara.

“Untuk makluman, kebanyakan kes yang berlaku adalah dalam kalangan tahanan dalam penjara, kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) dan daripada kluster yang sudah pun dikenal pasti serta terkawal.

“Semua kawasan ini dipantau setiap masa dan aktiviti pengesanan kes serta kontak rapat dijalankan secara aktif bagi memastikan kes positif dapat dikesan dan diasingkan, yang mana ia menyebabkan lebih banyak kes positif dapat dikesan serta menyumbang kepada statistik harian dalam negara.

“Saya amat berharap perkara ini dapat difahami. Saya ingin tekankan di sini bahawa keadaan adalah terkawal dan masih dapat dibendung hasil kerjasama pelbagai agensi dan aktiviti pemantauan kesihatan awam yang berterusan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Muhyiddin berkata, mesyuarat hari ini turut dimaklumkan mengenai kes penularan COVID-19 di Sabah, yang didapati berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran.

Susulan itu katanya, kerajaan membuat keputusan semua PATI yang ditahan akan disaring dan ditempatkan di Pusat Tahanan dan Kuarantin Sementara (PTS) yang disediakan.

“Pada masa ini, PTS di Sabah melebihi kapasiti (PATI). Justeru, kerajaan akan membuka lebih banyak PTS baharu bagi menempatkan PATI yang ditahan sebelum proses pengusiran dilaksanakan.

“Selain itu, petugas Kementerian Kesihatan juga sudah ditambah untuk menjalankan proses saringan ke atas PATI yang ditahan.

“Anggota keselamatan akan turut ditambah bagi mengawal sempadan negara dalam usaha mengekang kemasukan PATI terutama di Sabah. Aset akan diatur gerak untuk menghalang cubaan membolosi sempadan negara,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tahap kesiapsiagaan menghadapi penularan jangkitan, Muhyiddin berkata, ketika ini sebanyak 40 hospital serta 34 Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah disediakan untuk merawat kes positif COVID-19 dengan kapasiti 5,674 katil.

Beliau berkata kadar penggunaan katil di hospital COVID-19 ketika ini adalah 24 peratus saja, manakala fasiliti kesihatan juga kini mempunyai 437 katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 1,505 alat bantu pernafasan.

“Marilah kita bersama-sama membudayakan norma baharu dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya. – BH

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Puteri UMNO Gesa Kerajaan Pertimbangkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

CYBERJAYA: Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, mengesa agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi...

376 Sekolah, Institusi Pendidikan Di Johor Bahru Ditutup Hingga 14 November – KPM

KUALA LUMPUr - Sebanyak 376 institusi pendidikan di seluruh Johor Bahru, Johor ditutup bermula 1 hingga 14 November ini susulan peningkatan kes positif Covid-19...

Kerajaan Nafi Abaikan Sabah Berdepan Covid-19

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia tampil menyanggah dakwaan pihak tertentu yang menuduh kerajaan mengabaikan rakyat Sabah berdepan kes Covid-19. Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan,...