600 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid -Adham Baba

Loji Rawatan Air Pertama Di Malaysia Terima Pensijilan HACCP -Ranhill SAJ

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air Semanggar dan Loji Rawatan Air Sri Gading, di Johor telah menerima pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Menurut...

Berita Palsu, Tiada Kawalan Rentas Negeri Di Melaka

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Menteri Melaka, menafikan berita yang disebarkan melalui media sosial yang mendakwa seluruh negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah...

Memahami Kesukaran Zahid

ADA yang menyifatkan UMNO dibawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi cuba bermain politik di tengah-tengah kegawatan Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang lanjutan keputusan...

MB Selangor, CEO Air Selangor didesak lepas jawatan – PSM Selangor

KUALA LUMPUR- Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selangor mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman meletakkan jawatan...

Pertemuan 6 Mata Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

CYBERJAYA - Perbincangan enam mata wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional - UMNO, PAS dan PBBM, sabtu lepas gagal memberi sebarang penyelesaian yang...

PUTRAJAYA: Lebih 600 petugas kesihatan di Malaysia telah dijangkiti COVID-19 sejak Februari sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Daripada jumlah itu, 406 adalah petugas di hospital kerajaan manakala selebihnya petugas dari hospital swasta dan hospital universiti, katanya.

Menurut Dr Adham, antara langkah diambil bagi membantu petugas Kementerian Kesihatan (KKM) kembali bersemangat selepas dijangkiti wabak itu adalah dengan menyediakan talian sokongan psikososial melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

“Mereka yang terkesan dengan kes-kes berkaitan psikososial, selain bertemu dengan pakar psikiatri, kami juga akan terus merawat mereka dan tidak akan membenarkan lagi mereka untuk merawat pesakit COVID-19,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan ‘Putrajaya In Orange’ sempena Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2020, di sini hari ini.

Menurutnya, antara isu yang diketengahkan petugas KKM melalui talian sokongan psikososial ialah tekanan kerana berjauhan dengan keluarga, terpaksa patuh pada Prosedur Operasi Standard yang ketat, keletihan dan isu berkaitan tuntutan bayaran elaun khas COVID-19.

Mengenai Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2020, tiga bangunan dan dua jambatan di Putrajaya diterangi dengan cahaya lampu jingga selama empat hari bermula malam ini.

Bangunan tersebut ialah Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Zenith Hotel, manakala dua jambatan itu ialah Jambatan Seri Warisan dan Jambatan Seri Saujana.

Dr Adham berkata bangunan lain di sekitar Putrajaya pula dinyalakan dengan pencahayaan fasad jenis Festive Mode warm white pelbagai tona dan spektrum jingga.

“Ini simbol solidariti serta komitmen terhadap keselamatan pesakit. Ia juga sebagai tanda penghargaan kepada semua anggota kesihatan atas jasa mereka dalam memastikan keselamatan pesakit, khususnya semasa pandemik COVID-19,” katanya.

Dr Adham berkata objektif utama Hari Keselamatan Pesakit Sedunia pada tahun ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan anggota kesihatan yang berkait rapat dengan keselamatan pesakit.

“Anggota kesihatan perlu sihat dari segi fizikal dan mental untuk memastikan keselamatan pesakit terjaga terutamanya dalam krisis COVID-19,” katanya.

– BERNAMA

   

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Loji Rawatan Air Pertama Di Malaysia Terima Pensijilan HACCP -Ranhill SAJ

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air Semanggar dan Loji Rawatan Air Sri Gading, di Johor telah menerima pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Menurut...

Berita Palsu, Tiada Kawalan Rentas Negeri Di Melaka

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Menteri Melaka, menafikan berita yang disebarkan melalui media sosial yang mendakwa seluruh negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah...

MB Selangor, CEO Air Selangor didesak lepas jawatan – PSM Selangor

KUALA LUMPUR- Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selangor mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman meletakkan jawatan...