Jiwa merdeka – Sedar kekuatan dan kelemahan diri, lawan kekangan – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ tema yang diangkat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 boleh diterjemahkan sebagai keyakinan untuk berusaha meskipun menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri ia akan mendorong untuk kita memerdekakan jiwa, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Timbalan Presiden PKR itu juga memperincikan maksud jiwa merdeka yakni jiwa merdeka bermakna kita sedar kekuatan dan kelebihan kita, tetapi faham juga kekangan-kekangan yang kita perlu hadapi.

“Belum terlambat untuk saya zahirkan rasa syukur sempena kemerdekaan negara yang ke-67. Saya nak tunggu ‘content’ abang bomba reda dulu sebelum saya post content ni.

“Apa maksud jiwa merdeka? Ada kata Malaysia belum merdeka sebab dijajah Madani. Ada yang kata kemerdekaan tidak bermakna selagi ada kemiskinan.

“Bagi saya, jiwa merdeka terletak kepada penilaian masing-masing. Jiwa merdeka bermakna kita sedar kekuatan dan kelebihan kita, tetapi faham juga kekangan-kekangan yang kita perlu hadapi.

“Tetapi kekangan itu tidak melunturkan rasa yakin kita bahawa kita ada kemampuan untuk cemerlang dan sejahtera seperti pesaing kita, kerana kita yakin Allah memberikan rezeki kepada mereka yang berusaha dan bertawakal,” jelas ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Menurut Rafizi, keyakinan untuk berusaha kerana kita serba maklum kekuatan dan kelemahan kita akan memerdekakan jiwa kita.

“Malaysia ialah sebuah negara yang dirahmati dengan pelbagai kelebihan.

“Musuh kita bukanlah orang lain, tetapi kita sendiri, jika kita tidak ada keyakinan untuk berusaha.

“Selamat menginsafi hari kemerdekaan ke-67, semoga jiwa kita kekal merdeka apa pun keadaan kita,” ucap Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat