Rosnah dilantik penasihat khas Menteri Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Rosnah Rashid Shirlin kini dinamakan sebagai penasihat khas kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan pada 2009 sewaktu kepimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nama Rosnah disenaraikan bagi jawatan itu di direktori Kementerian Kesihatan untuk pejabat menteri.

Rosnah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merupakan seorang peguam.

Selain timbalan menteri kesihatan, Rosnah juga pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri kerja raya dari 2013 hingga 2018.

Ahli Parlimen Papar selama tiga penggal itu kehilangan kerusi pada pilihan raya 2018 kepada Warisan.

Khairy dilantik sebagai menteri kesihatan dalam pertukaran portfolio dengan Datuk Seri Dr Adham Baba di bawah kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khairy mempunyai dua timbalan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dari Bersatu, dan Datuk Aaron Ago Dagang dari GPS – kedua-duanya dikekalkan dalam jawatan mereka sekarang dari pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelumnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat