Oman Kejutkan Jepun Kelayakan Piala Dunia

- Advertisement -

TOKYO: Oman mengejutkan Jepun 1-0 pada aksi pembukaan pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Panasonic, Osaka, sebentar tadi, menerusi jaringan Issam Al Sabhi pada penghujung saingan.

Kekalahan mengejut Jepun di laman sendiri dalam saingan Kumpulan B itu hadir selepas skuad Samurai Biru tampil gagah menguasai pusingan terdahulu, apabila memenangi semua lapan aksi.

Oman memastikan kemenangan menerusi jaringan Al Sabhi pada minit ke-88 , hanya beberapa minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Jepun yang juga pasukan ranking nombor satu Asia, kini memburu tempat di Piala Dunia buat kali ketujuh berturut-turut pada saingan Qatar 2022.

Selain Oman dan Jepun, Kumpulan B turut merangkumi pasukan Australia, China, Saudi Arabia dan Vietnam.

– AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat