Pertahan Tiga Negeri, Ambil Alih Tiga Lagi – Hadi

KUALA LUMPUR- Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong parti Islam itu untuk mempertahankan tiga negeri yang sudah dikuasai Perikatan Nasional (PN) dan mengambil alih tiga negeri lagi.

Tegas beliau, memilih pemimpin adalah satu kewajipan yang akan disoal oleh Allah SWT pada hari kiamat nanti.

“Alhamdulillah kita telah menguasai Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Maka menjadi kewajipan bagi semua untuk mempertahankan negeri yang kita sudah ada ini dan mengambil alih tiga negeri lagi,” katanya dalam ucapan di Jelajah Mega PN BEST Kedah malam tadi.

Jelas Hadi adalah wajib memilih pemimpin yang mampu menunaikan amanah menegakkan Islam.

“Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum para pengundi di enam negeri bakal menunaikan kewajipan untuk mengundi pemimpin negeri baharu.

“Memilih pemimpin adalah satu kewajipan yang akan disoal oleh Allah SWT pada hari kiamat nanti.

“Maka wajib memilih pemimpin yang mampu untuk menunaikan amanah bagi menegakkan Islam.

“Mari kita tunaikan kewajipan ini untuk mendapat redha dan keberkatan daripada Allah,” seru Ahli Parlimen Marang itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat