Tiga Kali Rumah Zalina Azmin Diperiksa, Tiada Petunjuk Baharu Ditemui – Polis

- Advertisement -

SHAH ALAM – Polis menjalankan pemeriksaan sebanyak tiga kali di kediaman bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata setakat ini masih tiada petunjuk baharu ditemui.

“Tiga kali pemeriksaan dilakukan di rumah Orang Hilang (OH) itu sejak dilaporkan hilang sehingga kini.

‘Tiada maklumat baharu, usaha jejaki Zalina Azman buntu’

“Pemeriksaan terkini pada 28 Julai lalu bersama Unit Forensik (D10) dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Sehingga kini, belum ada sebarang petunjuk atau penemuan baharu mengenai OH,” katanya kepada media hari ini.

Pada 18 Julai lalu, media melaporkan polis giat mencari bekas personaliti TV3 itu yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat