Bersatu Pecat Serta Merta Ketua Penerangan Sayap Bersekutu – Laporan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Penerangan sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), S Gobi Krishnan hari ini dipecat daripada jawatannya selepas diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, lapor Malaysiakini.

Ketua sayap tersebut, Dr Chong Fat Full, mengesahkan perkara tersebut dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya mengesahkan bahawa Gobi Krishnan dipecat sebagai Ketua Penerangan Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan daripada semua jawatan yang disandangnya dalam parti dengan serta-merta.

“Keputusan pemecatan ini diambil adalah kerana dia disahkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Chong berkata pihaknya telah mendapatkan pengesahan mengenai kesahihan status Gobi Krishnan, 46, melalui carian di Jabatan Insolvensi Malaysia hari ini.

Hasil semakan tersebut, katanya, didapati Gobi Krishnan diisytiharkan muflis pada 7 Jan tahun lalu lagi.

Sayap Bersekutu Bersatu merupakan sayap yang ditubuhkan pada 2021 bagi mewakili ahli dari kalangan bukan Bumiputera (bekas ahli PKR) yang menyertai Bersatu sebagai ahli bersekutu.

Terdahulu, semalam Timbalan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan D Pala Kumaran menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan dakwaan ada individu muflis dilantuk menjadi ahli Lembaga Pelesenan (Eksais) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu dia juga mendakwa individu terbabit memegang jawatan ketua bahagian sayap bersekutu Bersatu, kata laporan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat