Kastam Rampas 52.46kg Syabu Bernilai RM1.89 Juta Di Kota Kinabalu

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 52.46 kilogram syabu dianggar bernilai RM1.89 juta dalam serbuan di sebuah rumah di pusat bandar raya ini Khamis lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan berkata, dalam serbuan pukul 12.12 tengah hari menerusi Op Khas Mekong Dragon, kastam menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun.

Menurut beliau, rampasan terbesar oleh kastam Sabah itu hasil risikan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra) selama dua bulan lalu.

Operasi itu dilakukan dengan kerjasama JKDM cawangan penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), cawangan Narkotik Zon Sabah dan cawangan Operasi Kota Kinabalu.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan ini menjadikan rumah sebagai tempat untuk membungkus dadah dengan memasukkannya ke dalam plastik teh Cina yang kemudian melalui proses kedap udara.

“Bahan disyaki dadah yang telah siap dibungkus disembunyikan di dalam peralatan elektrik dapur dan disimpan di dalam kotak bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa.

“Dadah jenis syabu itu dipercayai untuk kegunaan di dalam dan luar Sabah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Zazuli, siasatan masih dilakukan bagi mengesan jika masih ada rakan lain yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah itu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat