Pertaruh single Perempuan

- Advertisement -

Kesetiaan dan kejujuran semestinya menjadi tunjang dalam sesebuah perhubungan untuk terus kekal bersama.

Perasaan itu perlu hadir dari kedua-dua pihak dan berusaha bersama-sama untuk kekal bahagia. Itu intipati yang ingin disampaikan Jaclyn Victor dalam single terbaharunya berjudul Perempuan.

Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac bukan nama asing dalam industri muzik tanah air, malah beliau mencipta kejayaan di beberapa anugerah muzik berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Planet Muzik.

Lontaran vokal beliau yang padu sentiasa menjadi tarikan. Kebolehan beliau untuk menyanyikan apa sahaja genre lagu menjadikannya lebih unik.

Jac kini kembali menyinari persada muzik tanah air dengan lagu terbaharu hasil ciptaan Johan John dan lirik oleh Khaleel.

Lagu Perempuan ini menyelami perasaan dan harapan seorang perempuan terhadap pasangannya. Selain rasa cinta yang mendalam, kejujuran juga sangat penting yang diharapkan oleh seorang perempuan terhadap pasangannya.

Menurut Jac, setiap pasangan pasti mengharapkan kejujuran dalam sesuatu perhubungan sekalipun berdepan pelbagai ranjau duri.

“Tiada apa yang diharapkan seseorang dari pasangannya selain kejujuran dalam perhubungan. Walaupun pelbagai ranjau dan rintangan yang perlu dihadapi, selagi pasangan itu jujur pasti sesebuah perhubungan itu dapat bertahan sehingga akhir hayat.

“Jadi, saya berharap buah tangan terbaharu saya ini akan digemari dan mendapat tempat di hati peminat,” katanya.

Lagu Perempuan ini boleh didengari di semua pelantar digital bermula 29 Julai lalu dan muzik video boleh ditonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat