Pahang Peruntukkan RM2.3 Bilion Untuk Selesaikan Masalah Bekalan Air – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion bagi merealisasikan masalah bekalan air di Pahang.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Pahang telah melaksanakan satu pelan holistik, yang dijangka mampu menyelesaikan 90 peratus masalah bekalan air bersih di Negeri Pahang dalam tempoh 5 tahun dari sekarang.

Peruntukkan RM2.3 bilion ujarnya lagi bagi melaksanakan 237 projek yang merangkumi 77 projek sudah siap, 34 projek dalam pembinaan dan selebihnya masih dalam peringkat reka bentuk.

“Akses bekalan air bersih merupakan satu isu asas yang kompleks dihadapi oleh kebanyakan negeri di Malaysia.

“Sejujurnya, kita harus mengakui bahawa masih ada ruang untuk memperbaiki sistem bekalan air di Negeri Pahang Darul Makmur.

“Prihatin dengan isu ini, Kerajaan Negeri Pahang telah melaksanakan satu pelan holistik, yang dijangka mampu menyelesaikan 90 peratus masalah bekalan air bersih di Negeri Pahang dalam tempoh 5 tahun dari sekarang.

“Bagi melaksanakan pelan atau langkah penyelesaian ini, sebanyak RM2.3 bilion diperuntukkan daripada pelbagai sumber kewangan bagi melaksanakan 237 projek, yang merangkumi 77 projek sudah siap, 34 projek dalam pembinaan dan selebihnya masih dalam peringkat reka bentuk.” katanya menerusi Facebooknya, pada Rabu.

May be an image of 1 person, standing and text that says "D FEEENG 有 90% Masalah Bekalan Air Pahang Akan Diselesaikan Dalam Masa 5 Tahun. Komitmen Kerajaan Negeri dalam isu bekalan air ini adalah jelas dan kita akan terus melaksanakan penambahbaikkan selaras dengan aspirasi pembangunan mampan yang akan memberi manfaat kepada seluruh anak Negeri Pahang Darul Makmur. YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail Menteri Besar Pahang"

Jelasnya lagi, projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan ini membabitkan penyelesaian masalah terputus bekalan air dan tekanan rendah, penurunan rizab margin loji, jaringan bekalan air baharu, kekerapan paip pecah dan penurunan kecekapan peralatan.

Selain itu, kita juga akan melaksanakan projek pemasangan paip baharu pelbagai saiz sepanjang lebih 250 kilometer bagi menyelesaikan kekerapan paip pecah dan terputus bekalan air di kawasan-kawasan terkesan di Negeri Pahang Darul Makmur.

“Dengan penambahbaikkan fasiliti dan juga pengurusan bekalan yang lebih efisyen, masalah bekalan air bersih di Pahang Insyaallah akan selesai tidak lama lagi.

“Dengan pelan tindakan yang komprehensif dan sokongan padu daripada agensi dan jentera kerajaan negeri, kita yakin setiap anak Negeri Pahang akan dapat menikmati bekalan air bersih tanpa sebarang gangguan di masa hadapan.

“Komitmen Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu bekalan air ini adalah jelas dan kita akan terus melaksanakan penambahbaikkan selaras dengan aspirasi pembangunan mampan yang memberi manfaat kepada seluruh anak Negeri Pahang Darul Makmur.” katanya.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat