Apandi, sila buktikan anak saya yang mana jadi jutawan- Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuktikan dakwaan yang mengatakan anak-anak bekas Perdana Menteri itu bergelar jutawan.

Mahathir dalam artikel jawapan kepada soalan Apandi yang mempersoalkan “dalam dunia ini, mana lagi ada Perdana Menteri yang anak-anak mereka menjadi jutawan”.

Sebaliknya Mahathir menegaskan, sebenarnya anak-anak beliau tidak pun dibenarkan berniaga dengan kerajaan atau menyertai parti kerajaan.

“Sila beri bukti yang anak-anak saya menjadi jutawan semasa saya menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Jika ada anak yang jadi jutawan sila beri bukti akan tarikh gelaran ini diberi kepada mereka, serta bukti kejutaan mereka,” bidas Ahli Parlimen Langkawi itu.

Bahkan kata Pengerusi Pejuang itu lagi, sekiranya Apandi gagal mengemukakan bukti dakwaan tersebut beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

“Jika tidak ada bukti saya anggap kenyataan ini adalah fitnah dan saya berhak bertindak mengikut undang-undang,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat