‘Kekayaan terhebat adalah kesihatan’ – El Rumi

- Advertisement -

Menerusi hantaran itu, El Rumi turut mengingatkan masyarakat bahawa kekayaan yang paling berharga adalah kesihatan.

Dia mengingatkan mereka semua untuk selalu menjaga kesihatan dan tetap aktif setiap hari.

“Kekayaan terhebat adalah kesihatan. Kekal aktif dan kekal sihat!,” tulis anak kedua Ahmad Dhani hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Maia Estianty.

Hantaran itu mencuri perhatian ramai warganet. Bahkan, kebanyakan mereka melahirkan perasaan khuatir terhadap kesihatan El Rumi dan Ahmad Dhani serta bertanyakan apa yang terjadi kepada mereka.

Namun, sayangnya El Rumi tidak memberikan keterangan mengenai keadaan kesihatan atau pun penyakit yang dia dan bapanya hidapi.

Apapun, warganet tetap bermurah hati mendoakan yang baik-baik dan berharap agar mereka segera sembuh.

Persoalan ini bagaimanapun terjawab apabila Ahmad Dhani menerusi satu sumber mengakui, dirinya dalam keadaan sihat.

Malah, Ahmad Dhani juga mengakui dia hanya menghantar El Rumi untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat