PKR “Cakap Je Lebih” – Zuraida Kamaruddin-

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Ketua Wanita Keadilan Pusat Zuraida Kamaruddin menyifatkan tuntutan RM10 juta oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap wakil rakyat yang keluar parti itu bukanlah satu perjanjian individu terbabit.

“Tindakan itu tidak akan berhasil dan sehingga hari ini beliau dan rakan-rakan yang keluar parti masih tidak menerima notis tuntutan RM10 juta itu, dan kita akan serahkan kepada peguam untuk menguruskan tuntutan tersebut, katanya.

“Cakap je lebih, dan ianya tidak relevan. Zuraida ditanya pemberita ketika Majlis Korban Jabatan Bomba dan Penyelamat 2020 di Putrajaya hari ini.

PKR sebelum ini menuntut ganti rugi terhadap 20 orang bekas wakil rakyat dari PKR yang keluar parti untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional dibawah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tuntutan itu juga termasuk kepada bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Menurut PKR ganti rugi itu dipersetujui kumpulan wakil rakyat terbabit jika keluar parti dan menggunakan kerusi mereka bagi kepentingan mereka sendiri.

Antara bekas wakil rakyat PKR (Parlimen) yang menerima tuntutan RM10 juta ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota); Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak); Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal); Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat) dan Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat).

Dan untuk wakil rakyat (DUN) ialah Ali Biju (Saratok); Jonathan Yasin (Ranau); Dr Chong Fat Full (Pemanis); Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia); Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau); Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia); Baru Bian (Selangau); Azman Nasrudin (Lunas); Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam); Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh).

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat