Curi Kayu Balak Malam Raya

- Advertisement -

MARANG, 31 Julai — Dalam kesibukan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidiladha malam tadi, tiga lelaki cuba mengambil peluang menceroboh kawasan hutan dan mencuri kayu balak.

Bagaimanapun, perbuatan mereka akhirnya membawa padah apabila pihak Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dapat menghidu perbuatan mereka.

Pengarahnya, Muhamad Abdullah berkata dalam kejadian di kawasan hutan Merchang dekat sini, seorang daripada tiga lelaki berkenaan berjaya ditahan manakala dua lagi sempat melarikan diri dalam serbuan kira-kira pukul 11.20 malam.

“Lelaki berusia 21 tahun itu terpaksa beraya di lokap Ibu pejabat Polis Daerah Marang. Penangkapan ini adalah hasil aduan orang awam dan kita telah lakukan intipan sejak tiga hari lalu.

“Ketika intipan yang dilakukan, terdapat tiga orang lelaki sedang memunggah kayu ke atas lori,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Muhamad, suspek mungkin tidak menyangka anggota penguat kuasa akan terus melakukan rondaan meskipun menjelang sambutan Aidiladha.

Mengikut rekod, sehingga Julai,  seramai enam orang ditahan, melibatkan 17 kes kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Katanya, kes paling kerap berlaku di daerah Besut dan dilakukan orang tempatan.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat