Sharnaaz Perlu Dijadikan Contoh – Neelofa

- Advertisement -

Selebriti terkenal, Neelofa menyifatkan bekas abang iparnya, Sharnaaz Ahmad sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak hasil perkongsian hidup dengan kakaknya, Noor Nabila.

Menurut pengacara dan pelakon itu, Sharnaaz akan meluangkan masa hampir setiap hari bersama anaknya, Jebat Jayden.

“Kes mereka sudah berlarutan lama sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, apabila sudah selesai saya turut bersyukur dengan keputusan mereka berdua. Dalam masa sama saya rasa ada hikmah kenapa perkara ini diperlambatkan.

“Sebab dalam waktu itu hubungan Nabila dan Sharnaaz sangat pulih dari segi ‘co-parenting’. Sharnaaz seorang ayah yang sangat bertanggungjawab yang saya rasa korbankan masa dia hampir setiap hari untuk jumpa anak.

“Perkara itu perlu dijadikan contoh kepada mereka yang bercerai ada anak tapi kena ada masa untuk pergi jumpa. Sebab saya juga adalah dari keluarga yang bercerai yang mana mak dan ayah saya berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu dan dia menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun.

“Tapi, untuk seorang ayah datang tengok anak  macam itu dengan kerap bukan mudah. Saya harap satu hari kalau Jebat tahu benda ini dan tengok rakaman video ini dia akan hargai. Orang yang dengar ini pun yang ada anak dan bercerai, kena juga ambil masa sebab ia sangat penting untuk anak itu hargai jalinan yang diberikan,” katanya.

Berkenaan hubungannya dengan pelakon filem Juvana itu, Neelofa berkata beliau mahu menjadi seorang yang neutral.

“Kalau boleh tak nak masuk campur. Saya harap dia dan Nabila kalau boleh duduk baik-baik, cakap baik-baik, komunikasi baik-baik dan ‘co parenting’ elok-elok, itu sudah cukup bagi saya.

“Tak perlulah saya nak menjadi kawan baik atau musuh. Saya hanya menjadi neutral saja, itu lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz Noor Nabila sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat