Pelajar B40 Pulang Dari Luar Negara Tidak Perlu Bayar Kos Kuarantin – Menteri

Peruntukkan RM2.07 Juta Bantu Golongan B40 Di Labuan: Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan (PL) memperuntukkan RM2.07 juta bagi Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 untuk membantu golongan B40 dan miskin di...

Mayat Pelajar Malaysia Di Taiwan Mati Dibunuh Ditemui Dalam Hutan

TAIPEI – Keluarga mangsa bunuh di Taiwan yang merupakan warganegara Malaysia akan berlepas ke negara itu selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa dengan...

KTMB Lanjut Promosi Diskaun 50 Peratus Tiket ETS Hingga 16 November

PUTRAJAYA - Tidak sampai tiga jam Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rayuan menerusi akaun sosial beliau berhubung tawaran diskaun tiket Keretapi Tanah Melayu...

Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA - Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan...

1,000 Pesakit Covid Pulih Hari Ini, 659 Kes Baru Direkodkan – KKM

PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara. Menurut Ketua Pengarah...

KUALA LUMPUR – Pelajar yang pulang dari luar negara tetapi tidak mampu membayar kos kuarantin wajib serta berasal daripada keluarga B40 akan dikecualikan daripada membayar kos tersebut.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang telah tiba di negara ini boleh membuat rayuan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) manakala yang bakal tiba pula akan dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) untuk menjalani kuarantin wajib tersebut.

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini, katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi pelajar yang pengajiannya ditaja, mendapat pinjaman atau biasiswa, kos kuarantin perlu ditanggung oleh badan penaja.

Katanya, pelajar yang berkemampuan pula perlu membayar sendiri kos kuarantin selama 14 hari itu.

“Semalam, terdapat laporan mengenai pelajar yang pulang dari Yemen, berlegar-legar di kawasan hotel kerana tidak berkemampuan untuk membayar kos kuarantin, maka mesyuarat hari ini bersetuju untuk pelajar yang daripada keluarga berpendapatan rendah dikecualikan daripada membayar kos tersebut tetapi yang mampu perlu bayar sendiri,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta pelajar yang bakal pulang mendaftar dengan Kementerian Luar bagi mengisi butir-butir peribadi dan latar belakang keluarga agar kementerian itu dapat memaklumkan kepada Nadma.

“Jadi apabila mereka sampai ke Malaysia, nama mereka sudah ada dan akan terus dihantar ke ILA, tidaklah perlu menunggu di hotel seperti yang berlaku semalam,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan memandang serius insiden-insiden ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) kuarantin rumah yang telah menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 kepada ahli keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

Beliau berkata, pegawai Kementerian Kesihatan bersama anggota Polis Diaraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemeriksaan mengejut untuk memastikan semua yang terlibat mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Semalam, PDRM telah melakukan 2,160 pemeriksaan spot check dan jumlah kumulatif yang telah diambil tindakan kerana gagal mematuhi SOP kuarantin rumah ialah seramai 51 individu,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, bagi tempoh 24 Julai hingga 2 Ogos, seramai 4,768 individu telah tiba di tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 19 hotel dan lima ILA di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Kelantan.

Katanya kesemua mereka tiba dari 26 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol dan Australia.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin

PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri...

UMNO Tolak Muhyiddin, Tukar Slogan “Yes Anwar, No DAP, No Mahathir”?

KUALA LUMPUR- Ura-ura UMNO berpaling sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperdebatkan. Awal hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk...

Berita Berkaitan

Peruntukkan RM2.07 Juta Bantu Golongan B40 Di Labuan: Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan (PL) memperuntukkan RM2.07 juta bagi Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 untuk membantu golongan B40 dan miskin di...

Mayat Pelajar Malaysia Di Taiwan Mati Dibunuh Ditemui Dalam Hutan

TAIPEI – Keluarga mangsa bunuh di Taiwan yang merupakan warganegara Malaysia akan berlepas ke negara itu selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa dengan...

KTMB Lanjut Promosi Diskaun 50 Peratus Tiket ETS Hingga 16 November

PUTRAJAYA - Tidak sampai tiga jam Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rayuan menerusi akaun sosial beliau berhubung tawaran diskaun tiket Keretapi Tanah Melayu...