Covid-19: Dana Sudah Habis, Tiada Lagi Bantuan Makanan Dan Kewangan

- Advertisement -

Manila – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi menegaskan Filipina tidak mempunyai wang untuk terus memberi bantuan kewangan kepada golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat COVID-19.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada Ahad, Duterte berkata kerajaan tidak dapat terus membiayai kos makanan dan bantuan kewangan kepada mereka yang tidak dapat bekerja susulan perintah berkurung.

“Maaf tetapi keadaan sekarang memaksa saya meletakkan Manila dan beberapa kawasan lain kembali ke perintah berkurung, bagi membendung penyebaran virus.

“Masalah utama adalah kita sudah kehabisan wang, kita tidak boleh terus bagi makanan dan duit kepada orang ramai,” katanya.

Duterte juga membidas pengkritik kerajaan dan menyatakan Filipina tidak boleh dibandingkan dengan negara lain kerana mereka tidak mempunyai banyak simpanan.

Sebelum ini, kerajaan negara itu memberi bantuan makanan dan kewangan kepada orang ramai melalui Program Peningkatan Sosial (SAP).

Beberapa kawasan di Filipina kini diletakkan dalam status kuarantin yang lebih ketat, termasuk Metro Manila, Laguna, Rizal dan Cavite bermula 4 hingga 18 Ogos.

Ia adalah susulan kes jangkitan yang melepasi angka 100,000.

Bulan lalu, Duterte tanpa berselindung memaklumkan terdapat kemungkinan kerajaan terpaksa menjual aset negara bagi mendapatkan dana untuk mendapatkan vaksin COVID-19 apabila ia tersedia kelak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat