Angkasawan SpaceX Kembali Ke Bumi

- Advertisement -

TELUK MEXICO: Angkasawan NASA, Robert Behnken dan Douglas Hurley kembali dari Stesen Angkasa Antarabangsa dengan kapsul SpaceX Crew Dragon mereka.

Kapsul Dragon yang membawa kedua angkasawan itu membuat pendaratan atas air di Teluk Mexico sejurus selepas 2:45 petang tadi waktu Amerika Timur.

Ini adalah proses terakhir misi bersejarah tersebut – dan dalam beberapa aspek, ini adalah bahagian perjalanan yang paling berbahaya.

Selepas beberapa ketika, menunggu kesan asap pasca pendaratan hilang, kedua krew membuka penutup kapsul dan dibantu keluar oleh krew di darat – selepas 2 bulan berada di angkasa lepas.

Misi angkasa lepas SpaceX adalah misi angkasa lepas pertama dilancarkan dari bumi Amerika Syarikat selepas misi kapal angkasa ulang alik (Shuttle) negara tersebut, ditamatkan pada tahun 2011.

Bagi menjayakan misi ini, NASA buat pertama kali bekerjasama dengan SpaceX – syarikat swasta yang diterajui Elon Musk. Beberapa teknologi baru turut digunakan dalam pelancaran ini seperti pakaian angkasawan baru, kapsul moden dengan skrin sentuh dan roket pelancar yang boleh digunakan semula – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat