Muhd Khair, KSU KKDW baharu mula bertugas hari ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar hari ini secara rasmi memulakan tugas hari pertama sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Melalui kenyataan rasmi Unit Komunikasi Korporat KKDW, beliau kemudiannya mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen hari ini.

“Beliau kemudiannya tiba di Kementerian di sambut Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) Mohd Kamal bin Husin, pegawai pengurusan kanan dan kakitangan KKDW.

“Sebagai simbolik, Setiausaha Bahagian Kanan Khidmat Pengurusan Mohd Kamal Husin telah menyerahkan pas kerja kepada Datuk Muhd Khair Razman yang melakukan sesi ketikan pertama pada perakam waktu (clock-in) di Lobi KKDW, Putrajaya,” jelas kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Datuk Muhd Khair Razman, 58 tahun telah menggantikan Datuk Sri Ramlan yang bersara wajib pada 30 Mei 2024.

Datuk Muhd Khair Razman, sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis berkelulusan Sarjana Undang-Undang (Undang-Undang Antarabangsa) dari Southampton University (UK).

Memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam di Kementerian Luar Negeri pada tahun 1994.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah, Pulau Pinang, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri / Kementerian Dalam Negeri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perpaduan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki beliau akan dapat memperkasakan Kementerian dalam memacu perubahan dan kemajuan pembangunan masyarakat desa berteraskan Aspirasi Desa Madani.

Pada masa yang sama, Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaaan kepada mantan Ketua Setiausaha KKDW Datuk Sri Ramlan Datuk Harun di atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau dalam memimpin Kementerian sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat