Anwar Terpaksa Ikut Manifesto DAP Jadikan Malaysia Negara Sekular, Dakwa Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa terpaksa mengikut manifesto DAP dengan menggantikan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia kepada negara sekular.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malah mendakwa, Anwar terpaksa tunduk kepada manifesto DAP memandangkan parti itu mendominasi Kerajaan Perpaduan hari ini.

“Ya. DAP cuma ada empat Menteri. Tetapi dalam kerajaan terdapat 40 ahli Parlimen DAP. Jika DAP tarik diri Kerajaan Anwar akan jatuh.

“Sebab itu Anwar terpaksa turut manifesto DAP, khususnya menjadikan Tanah Melayu negara pelbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular – negara yang tidak ada agama rasmi.

“Maka tergugurlah keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),” kata Dr Mahathir dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gelugor, Mohd Huzaidi Mohd Hussin yang sebelum ini berharap Dr Mahathir berhenti daripada memainkan sentimen melibatkan perkauman.

Katanya tindakan pemimpin itu mendakwa DAP mempunyai pengaruh besar dalam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mempergunakan orang Melayu demi kepuasan sendiri.

Mengulas lanjut, beliau berkata dakwaan Tun Mahathir juga tidak berasas kerana pada ketika ini Kabinet Kerajaan Perpaduan hanya dibarisi empat pemimpin Dap.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata pengaruh DAP dalam Kerajaan Perpaduan amat kuat dan menurutnya lagi ini ekoran peratusan keluar mengundi sebanyak 95 peratus adalah dalam kalangan pengundi Cina.

Pun begitu, bekas Ahli Parlimen Langkawi menjelaskan beliau hanya menyuarakan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

“Apakah mempertahankan Perlembagaan Malaysia menyalahi undang-undang.

“Kata Ketua Penerangan UMNO Bukit Gelugor bekas Perdana Menteri Tun Mahathir (perlu) berhenti daripada memainkan sentimen melibatkan perkauman. Kerajaan sekarang mendakwa Malaysia adalah negara demokratik. Kononnya ada kebebasan bersuara,” katanya.

Sebaliknya, tegas Dr Mahathir perkara yang bertentangan Perlembagaan ialah mempromosi negara berbilang bangsa.

“Apakah Kerajaan sekarang menolak the Rule of Law, termasuk Perlembagaan Malaysia yang tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

“Sebaliknya Perlembagaan menekankan Ke-Melayuan Malaysia,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat