6 negeri bubar DUN, SPR adakan mesyuarat khas 5 Julai ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan oleh speaker DUN masing-masing.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata pihaknya akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 5 Julai 2023.

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat