Pembantu Supol PM Mohon Maaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pembantu Setiausaha Politik Perdana Menteri, Zaki Yamani memohon maaf atas kebiadapan mendoakan kematian Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Dalam ciapan Twitter beliau, Zaki Yamani memohon maaf kepada isteri-isteteri dan keluarga Presiden Pas.

“Mengambil perhatian ciapan YAB PM @anwaribrahim

“Dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan.” katanya menerusi akaun Twitter beliau.

Terdahulu, pengguna Twitter berkenaan menulis sebuah kenyataan biadap terhadap keadaan kesihatan terkini Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Doa: Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang, hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-mu.

“P/S: Ambil sekali Mahathir”. tulis Zaki Yamani yang juga pembantu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pengguna akaun Twitter Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya berhubung keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.

Anwar dalam ciapan Twitternya kesal dengan tindakan pengguna tersebut.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat