TEROWONG DASAR LAUT LIM GUAN ENG – NAJIB RAZAK

- Advertisement -

Saya beri fakta supaya Rakyat boleh menilai.

1. Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi projek terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kepada syarikat konsesi swasta yang baru ditubuh pada tahun 2013.

2. Syarikat konsesi dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang dengan tanah tepi laut paling mahal di Pulau Pinang dengan keluasan 110 ekar yang terletak di Tanjung Tokong dan persiaran Gurney.
Walaupun dibayar harga penuh melalui tanah paling berharga, syarikat terowong juga diberikan konsesi tol 30 tahun.

3. Kertas siasatan SPRM untuk projek terowong telah dibongkar. Pemilik syaikat konsesi mengaku telah membayar wang serta menwarkan kepentingan 10% dalam syarikat mereka kepada pemimpin-pemimpin paling kanan DAP.

DARI FAIL SPRM Siri 10: Maklumat lengkap sogokan RM19 juta untuk menutup siasatan SPRM mengenai Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

4. Mahkamah dedah syarikat konsesi terowong itu pernah membayar wang tunai RM19 juta (sebenarnya RM22 juta. RM3 juta lagi dibayar kepada satu lagi pihak) dalam usaha menghentikan siasatan SPRM terhadap projek terowong.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/548339/terowong-pulau-pinang-ahli-perniagaan-didakwa-tipu-rm19-juta

5. Kos membuat laporan untuk projek terowong sahaja ialah RM305 juta.

6. Kerajaan DAP memberi tanah seluas 10 ekar kepada syarikat konsesi di Tanjung Tokong sebagai bayaran untuk kos laporan.

7. Syarikat konsesi telah dan sedang membangunankan projek kondo mewah dua fasa di atas tanah 10 ekar tersebut.

8. Fasa pertama dengan nilai pembangunan RM800 juta sudah siap dibina dan selesai dijual walaupun tidak ada sebarang pembinaan pernah bermula untuk projek terowong.

SITE PROGRESS: City of Dreams (Aug 2019)

9. Pembangunan fasa kedua dengan nilai pembangunan RM1.2 bilion bermula tahun depan
https://www.nst.com.my/business/2019/01/447930/ewein-bhd-set-embark-its-second-phase-city-dreams-project-2020

10. Dari tanah 110 ekar yang diberi oleh kerajaan DAP, 100 ekar lagi adalah di persiaran Gurney.

11. Projek syarikat konsesi seterusnya ialah projek pembangunan bangunan kondo mewah dan pejabat di atas tanah yang luasnya 50 ekar di persiaran Gurney dengan nilai pembangunan sebanyak RM15 bilion.
https://www.edgeprop.my/content/penang-welcomes-rm15-bil-wellness-resort-city

Baki tanah 50 ekar di persiaran Gurney lagi disimpan oleh syarikat konsesi untuk projek masa hadapan.

12. Kerajaan DAP berjanji untuk melebarkan jalan yang panjangnya 2km di depan projek RM15 bilion itu dengan kos RM400 juta. Kos ditanggung oleh kerajaan.

https://www.thesundaily.my/archive/2072790-XTARCH410515

13. Kerajaan negeri DAP juga berjanji untuk menyumbang tanah kerajaan dengan keluasan 24 hectar di sebelah projek swasta RM15 bilion konsesi terowong itu untuk dijadikan taman rakyat yang dinamakan Gurney Wharf dengan tarikan seperti pantai berenang, water garden, hawker center, skateboard park dan lain-lain.

Selain kos tanah, kos membina tarikan Gurney Wharf sebanyak RM180 juta juga akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

“After the Gurney Wharf land is handed over to the state government, tenders will called for development projects estimated to cost RM180 million to be financed by the state government.”
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/07/506078/jagdeep-gurney-wharf-good-example-psr-reclamation

14. Kerajaan DAP juga akan membina lebuhraya Pan Island Link (PIL) yang kosnya setinggi RM9 bilion untuk 19.5km (RM460 juta setiap km) untuk menghubungkan projek swasta RM15 bilion itu ke lapangan terbang Bayan Lepas.

Leburaya Ini akan menaikkan lagi nilai projek swasta tersebut.
Highway project from Gurney Drive to airport a boost to property market
https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/07/21/adding-value-to-property-prices-highway-project-from-gurney-drive-to-airport-a-boost-to-property-mar

15. Projek lebuhraya PIL dan perojek terowong merupakan sebahagian dari projek RM46 bilion PTMP.

16. PM ke-7 telah menulis surat bertarikh 1 Oktober 2019 kepada kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa kerajaan pusat bersetuju membiayai kos projek RM46 bilion PTMP.
“Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, persetujuan jaminan kepada kerajaan negeri itu dibuat melalui surat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertarikh 1 Oktober lalu.”

https://www.sinarharian.com.my/article/56154/EDISI/Utara/Pulau-Pinang-tubuh-SPV-untuk-keluar-bon-biayai-PTMP

Kerajaan negeri yang beri tanah paling bernilai kepada syarikat konsesi swasta.
Kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang tunggung kos berbilion-bilion untuk menaikkan nilai tanah serta daya penarikan projek swasta tersebut.

Syarikat milik 100% swasta yang mengaut segala keuntungan.

Rakyat menilai.

NAJIB RAZAK
16 DISEMBER 2019

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat