PM Umum Peruntukan Lebih RM300 Juta Bagi Anggota Tentera

- Advertisement -

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa peruntukan tambahan pembangunan infra dan kebajikan bagi anggota tentera di Sabah dan Sarawak.

Dalam lawatan ke kem Lok Kawi, Sabah, khamis lalu, Perdana Menteri mengumumkan projek baharu membabitkan pembangunan semula 49 unit rumah terbiar yang kini dijadikan kuarters awam.

Sebanyak RM25 juta diperuntukan bagi tujuan ini dan juga pembinaan sebuah rumah transit Kementerian Pertahanan di Taman Lok Kawi.

Selain itu kerajaan juga telah merancang pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Tambahan Pelbagai Kelas Kem Lok Kawi dengan kos projek RM213 juta.

Sebanyak RM4.8 juta pula diperuntukan bagi tujuan baik pulih dan menaik taraf Aviari di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan, Sabah.

Sebanyak RM67 juta sediakan bagi menaik taraf Jalan Lok Kawi Dari Bulatan Sabindo Ke Sungai Kinarut .

Anwar turut mengumumkan pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Kawi membabitkan kos projek RM23 juta.

Bagi menjaga kebajikan anggota tentera, Perdana Menteri mengumumkan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bago menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) untuk manfaat pegawai dan anggota ATM berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Kelulusan ini akan memanfaatkan 33,586 anggota ATM dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM87.8 juta setahun berdasarkan perjawatan tahun 2022.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat