Pemuda Umno Kapar Sambut Baik, Tidak Jemput Parti Lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Pemuda di peringkat akar umbi menyambut baik kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh untuk tidak menjemput parti gabungan Kerajaan Perpaduan menghadiri persidangan sayap Malaysia minggu depan.

Ketua Pemuda Umno Kapar, Affifi Aris berkata ahli akar umbi perlu mendapat penjelasan yang baik mengenai sebab utama membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan dan parti-parti lainnya.

“Menyambut Titah KDYMM Agong adalah tanggungjawab utama UMNO sebagai parti yang mendokong dan mempertahankan institusi orang melayu.

“Tetapi, membentuk sebuah kerajaan pada hari ini tidak bermakna ahli parti setuju dengan jajaran politik baru sehingga berkerjasama dalam pilihanraya.

“Ahli akar umbi perlu didedahkan mengenai naratif baru bersama kerajaan perpaduan yang membawa kepada jajaran politik baru dalam menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Jelasnya, ketika kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, parti memilih untuk bergerak secara solo dan tidak timbul isu gabungan bersama parti yang membentuk kerajaan persekutuan pada ketika itu.

“Kepimpinan harus diingatkan, ketika Kerajaan Pimpinan Tan Sri Mahiaddin dan Dato Sri Ismail Sabri, kita menghadapi PRN Melaka dan Johor tetapi UMNO-BN memilih “Go Solo” dan kemenangan tetap memihak kepada UMNO-BN.

“Tidak timbul situasi UMNO-BN bertanding bersama parti yang membentuk kerajaan persekutuan pada ketika itu.

“Saya harap, kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Malaysia wajar menjadi juara dalam menyelesaikan konflik diakar umbi terutamanya ahli UMNO,” katanya.

Tanbahnya lagi, ahli Umno mahukan kesepakatan dalam kepimpinan pemuda dan bukan menjadi pak turut ‘angguk-angguk, geleng-geleng’ sahaja .

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat