Scha paling pantang, tak suka orang biadap, berlagak

- Advertisement -

Bangi: Pelakon Scha Alyahya, 40, terkejut dirinya dilabel artis biadap dalam sebuah trend terbaru membandingkan siapa artis Malaysia yang sopan atau biadap di laman Twitter.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya berkata, dia sendiri paling pantang dengan manusia jenis biadap dan akui sebagai manusia ada masa terlepas pandang.

“Mungkin sedar tak sedar, saya pernah tak tegur orang, tak tersenyum. Jadi, mustahillah kita sebagai manusia ini tak pernah buat salah. Cakap pasal biadap, jauh sangatlah saya nak biadap dengan orang.

“Saya paling pantang dan tak suka orang biadap, berlagak, sebab bagi saya, tak payah. Pada pengakhirannya, kita semua sama,” katanya ditemui pada acara Bual Bicara: Seminar Komunikasi Antarabudaya, di Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, semalam.

Scha juga ingin memohon maaf sekiranya ada peminat atau pihak tertentu yang pernah terguris hati dengan mana-mana tindakannya yang dia tidak sengajakan.

“Kalau ada yang pernah mengalami hal kurang menyenangkan begitu dengan saya, saya nak minta maaflah. Mungkin saya tak sedarkah, ada masalahkah, tak sengaja.

“Jadi harap rasa tidak senang itu mungkin daripada saya punya salah yang tak sedar. Maaf kerana buatkan anda terasa begitu,” katanya.

Apapun, Scha akur dengan trend yang tercetus begitu dan menyifatkan ia hanya permainan sementara.

“Trend kat Twitter begitu, kadang-kadang okay, kadang-kadang tak. Cuma janganlah terlalu taksub sampai jatuh hukum terhadap individu itu. Hati-hati dengan hal yang kita nak cakap, kongsi, label orang.

“Ini kerana kesannya mungkin mereka tak nampak dan hanya mainan. Tetapi, memberi kesan kepada orang yang kena itu,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat