Pemansuhan PT3 Bolehkan Guru Nilai Kemampuan Pelajar Secara Holistik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membolehkan guru menilai kemampuan pelajar secara menyeluruh.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan, berkata melalui pemansuhan PT3, pelajar bukan sahaja dinilai melalui pencapaian akademik, sebaliknya aspek sukan, kokurikulum serta psikometrik juga dapat dinilai.

“Ini juga akan mengukuhkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Dengan adanya pentaksiran ini kita tidak menjadikan peperiksaan peratusan yang besar, kita dapat lihat pembangunan bakat dan potensi murid.

“Mungkin bakat ini dapat menyeimbangkan dimensi pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Azizee berkata, pentaksiran ini juga dapat membantu untuk melihat kecenderungan pelajar untuk menentukan aliran yang akan mereka pelajari.

“Contohnya, jika seorang pelajar itu cemerlang dalam mata pelajaran sains dan matematik ketika berada di tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, dia akan layak untuk ditempatkan di aliran sains.

“Kita dapat lihat kecenderungan pelajar sejak dari awal lagi sama ada dia lebih cenderung ke arah sains ataupun sastera,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan moral pelajar untuk belajar akan berkurangan disebabkan tiada motivasi tetapi ia bukan satu besar.

“Ibu bapa, guru dan kaunselor berperanan untuk menjelaskan kepada pelajar penilaian ini adalah penilaian secara berterusan daripada tingkatan satu sehingga tingkatan lima.

“Jika pelajar ingin menjadi pelajar yang cemerlang, mereka perlu mulakan langkah daripada tingkatan satu lagi. Jika pelajar itu cemerlang di peringkat tingkatan satu, saya yakin dia akan mampu teruskan kecemerlangan ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, ingin mengetahui bagaimana pentaksiran akan dilakukan bagi memastikan pelajar yang ketinggalan dapat mencapai prestasi yang disasarkan mengikut kemampuannya.

“Budaya pembelajaran menduduki peperiksaan nampaknya telah ditangani dan dihapuskan. Apakah rancangan seterusnya untuk meyakinkan ibu bapa yang pelajar ketinggalan akan mendapat perhatian sewajarnya.

“Tidak ada acuan sama boleh digunakan untuk mendidik pelajar kerana cara pembelajaran adalah berbeza untuk setiap pelajar.

“Pemansuhan PT3 secara amnya dialu-alukan oleh ibu bapa, terutama pelajar yang perlukan bimbingan yang teliti untuk berjaya,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat