PAS bukan takut hilang kuasa, tapi harap kerajaan tak tunduk segerakan PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan dinasihatkan agar tidak tunduk dengan desakan beberapa pihak yang mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan secara tergesa-gesa.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebaliknya menyindir pihak yang kalut mendesak PRU15 diadakan secara tergesa-gesa dalam tempoh inflasi ini sebagai golongan yang mementingkan diri.

Hadi berkata, kerajaan perlu fokus kepada kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi, kerana sekarang bukanlah masa sesuai untuk membubarkan Parlimen ketika seluruh dunia masih bergelut dengan isu ketidaktentuan ekonomi di samping Covid-19.

“PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk PRU, tetapi kita mengambil kira rakyat dan mahu kesusahan mereka diselesaikan dahulu.

“Kita tidak bergantung kepada desakan orang kerana golongan itu hanya mahu berkuasa, PAS bukan begitu kerana kita turut mengutamakan rakyat,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia di Marang, Terengganu pada Jumaat.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan berbincang tarikh PRU15 bersama Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat.

Zahid turut menyatakan perjumpaan antara Ismail bersama “ top 5 UMNO” bagi menentukan pembubaran Parlimen akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Sementara itu, Hadi menolak dakwaan kononnya PAS takut kehilangan kuasa jika PRU15 diadakan secara tergesa-gesa.

Tegasnya, jentera PAS sudah bersiap-siaga untuk berjuang sama ada tarikh PRU cepat atau lambat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat