Email Pembaca: Siapa Yang Gagal Melaksanakan Dasar?

- Advertisement -

Perkara asas dalam sesebuah perniagaan adalah permintaan dan bekalan.

Tanyalah sesiapa pun waima Elon Musk sekalipun, perkara asas inilah yang diguna pakai.

Mengambil kira konteks bekalan ayam tempatan, sudah semestinya wujud permintaan yang tinggi terutama memasuki musim perayaan secara berterusan.

Ketika negara menyambut Hari Raya Aidilfitri, rumah terbuka Aidilfitri, sambutan Hari Keaamatan bagi Sabah dan Hari Gawai untuk Sarawak serta sambutan Hari Raya Aidiladha bulan Julai ini, akan wujud permintaan yang amat tinggi terhadap bahan mentah terutama ayam.

Disinilah saya tidak faham bagaimana seorang yang pernah menganggotai Majlis Penasihat Negara seperti Datuk A Kadir Jasin cuba memanipulasikan apa yang sedang diusahakan oleh kerajaan bagi membendung kekurangan bekalan ayam dalam negara.

Saya tidak mahu menyentuh mengenai Brazil yang kini sudah jatuh ketangga ketiga pembekal ayam siap proses dunia. Apa yang saya mahu sentuh adalah bagaimana kerajaan mahu mencukupkan bekalan dalam negara menerusi bekalan tanpa gangguan dari para pembekal.

Sejauh pengetahuan saya, Australia dan India pernah menyekat eksport daging mentah mereka ke negara asing berikutan permintaan tinggi dalam negara. Mereka sedaya upaya memenuhi permintaan dalam negara dahulu sebelum membenarkan kembali eksport daging ini keluar.

Begitu juga eksport bekalan gandum dari India yang terpaksa digantung kerana kekurangan bekalan gandum di India berikutan musim panas melampau yang berterusan.

Ini yang dilakukan kerajaan. Dengan menggantung dahulu eksport ayam mentah ke Singapura, apa yang diharapkan bekalan dalam negara kembali mencukupi bagi mengawal kenaikan harga dan mengawal stok sedia ada.

Jika Datuk A Kadir Jasin faham, andai bekalan dalam negara sendiri sangkut, bolehkah kita mendapat harga RM 10.50 sekilo? Sudah tentu harga akan melambung naik dan ada kemungkinan mencecah angka RM 15 sekilo. Ini perkara asas ekonomi Datuk. Kurang bekalan harga akan melambung. Byk bekalan, harga mampu distabilkan dan mungkin dpt menurunkan sedikit harga. Adakah Datuk tidak faham tentang perkara ini?

Andai bekalan kurang atau wujud kemungkinan pembekal menyimpan stok utk memainkan harga, siapa yang untung? Sudah tentu pembekal. Bagi penternak, mereka sudah lakukan yang termampu untuk memenuhi permintaan domestik. Yang menjadi mangsa? Sudah tentu pengguna, pembeli dan penternak. Kemudian siapa yg akan meraih keuntungan politik? Orang2 seperti Datuk dan ahli2 politik berhaluan kiri.

Itulah sebabnya Datuk sewenang2nya memetik nama Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob UMNO dan BN hanya bertujuan mendakwa kelemahan pentadbiran wakil dari UMNO dan BN menangani kenaikan dan kekurangan ayam di pasaran tempatan menerusi artikel tidak bertanggungjawab Datuk dalam Sinar Harian Premium terbitan 29 Mei lepas.

Walhal, semasa era Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7, beliau sendiri gagal mengawal kenaikan harga barang. Malah, wujud kenaikan mendadak harga barang sebaik SST diperkenalkan. Mana mungkin Datuk tidak tahu sedangkan Datuk sendiri adalah bekas anggota Majlis Penasihat Negara?

Boleh saya katakan, semasa era PH mentadbir negara selama 22 bulan, majoriti pemegang AP makanan termasuk deretan pelobi PH yang menjadi pembekal barang basah dan asas mengaut keuntungan berlipat kali ganda atas kesusahan rakyat sendiri. Datuk boleh tanyakan kepada Queen of AP Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz bagaimana beliau boleh menggunakan kelebihan pemilikan AP miliknya utk kepentingannya sendiri.

Dalam segenap aspek bekalan bahan asas, menangani pemilik AP dan pembekal yg tamak sehingga menyeksa rakyat adalah perkara yg paling mengusutkan seseorang PM. Datuk sendiri ambil maklum bahawa sistem AP ini diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri ke 4. Dan hari ini, sistem ini telah menyeksa rakyat setelah 3 keturunan pemilik AP dan pembekal makanan asas ini bermaharajalela mengaut keuntungan hasil penyeksaan terhadap rakyat.

May be an image of 1 person, food and text that says "10:58 4G PREMIUM Eksklusif lan Kritis Log Masuk Langgan Ayam contoh kegagalan dasar A KADIR JASIN Follow 29 Mei 2022 07:40am Masa membaca: 4 minit Masalah bekalan dan harga makanan sepatutnya sudah diatasi lama dulu kerana ia bukanlah perkara baharu. -Gambar hiasan. A- A"

Itulah sebabnya Perdana Menteri memansuhkan AP makanan berkuatkuasa serta merta. Itulah sebabnya kenapa Perdana Menteri menggantung eksport ayam terutama ke Singapura.

Cukup-cukuplalah mengkayakan segelintir pihak atas kelebihan mereka mengawal AP dan bekalan makanan asas sedangkan rakyat sendiri menderita.

Dengan pelbagai keculasan berlaku di dalam sistem SST, mengeksport bekalan ayam meluar hanya kerana mahu mendapatkan tukaran asing bukanlah sesuatu yang baik utk keseluruhan rakyat. Ada kemungkinan pembekal tamak ini akan memanipulasikan kadar tukaran wang asing serta invoice permintaan hanya semata2 mahu lari dikenakan cukai eksport. Ini bukan perkara baru Datuk. Sudah terlalu lama permainan jijik ini berlaku.

Mungkin Datuk berniat mahu menjaga kepentingan pemilik AP dan pembekal. Tapi bagi sy dan kesemua rakyat biasa, kami mahukan bekalan yg seimbang dan berterusan dan kadar harga mampu milik.

Cukup2 lah mengayakan segelintir pihak sedangkan rakyat semakin hari semakin menderita angkara ketamakan mereka yg didakwa pembekal makanan asas.

Daripada:

Jebat Kamarul, Pahang

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat