KRI Nanggala: Indonesia Tamatkan Usaha Kumpul Serpihan

- Advertisement -

INDONESIA secara rasminya menghentikan usaha mengumpul serpihan kapal selam KRI Nanggala 402, yang tenggelam di perairan Bali 21 April lalu.

Jurucakap Tentera Laut Indonesia, Julius Widjojono mengesahkan pencarian itu sudah berakhir.

“Usaha menyelamat sudah tamat,” katanya kepada Reuters pada Rabu, sambil menambah, sebahagian kapal itu akan terus kekal di dasar laut.

Usaha mengumpul serpihan KRI Nanggala dari kedalaman lebih 800 meter sehingga kini gagal.

Menurut Julius, pasukan Indonesia dibantu pasukan China sudah melakukan lebih 20 kali selaman untuk mengumpul gambar, video dan bahagian kapal yang tenggelam itu.

KRI Nanggala 402 hilang selepas memohon untuk melakukan selaman ketika sesi latihan tembakan torpedo di perairan Bali.

Kehilangan itu membawa kepada operasi mencari yang turut disertai Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia dan India.

Bahagian kapal selam berusia 40 tahun berkenaan, yang terbahagi tiga, ditemui beberapa hari kemudian.

Susulan itu, kerajaan Indonesia mengisytiharkan semua 53 anak kapalnya terkorban.

Punca kemalangan masih disiasat sehingga kini.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat