Pemuzik Malaysia di America’s Got Talent

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pemain piano tempatan, Jolynn J Chin, 25, terharu apabila mendapat jemputan peribadi produksi America’s Got Talent (AGT) musim baharu untuk menyertai program realiti pencarian bakat terkemuka dunia itu.

Jolynn berkata, tawaran itu semestinya impian jadi kenyataan buatnya apatah lagi dia sendiri mengikuti program terbabit sejak kanak-kanak.

Gadis kelahiran Kuching, Sarawak itu juga diterbangkan khas ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini untuk menjalani uji bakat program itu.

“Tawaran ini adalah sesuatu yang benar-benar di luar jangkaan. Semestinya saya sangat-sangat bersyukur.

“Saya masih ingat sewaktu kecil menonton program itu dan semestinya mengujakan jika dapat menyertainya. Siapa sangka penerbit uji bakat kemudian menghubungi saya 20 tahun kemudian,” katanya yang kini berada di Los Angeles.

Jolynn berkata, dia menerima emel daripada penerbit program itu selepas melihat video dia bermain piano di YouTube.

Dia kemudian dihubungi menerusi panggilan Zoom untuk perbincangan lanjut.

“Sewaktu terima panggilan itu, dia (penerbit) meminta kebenaran untuk diperkenalkan kepada Penerbit Eksekutif AGT. Beberapa minggu kemudian, saya menerima berita gembira mereka mahukan saya menyertainya.

“Mereka juga menyusun dan menanggung segala urusan perjalanan saya ke Los Angeles bagi melakukan sesi penggambaran. Produksi terbabit memang sangat menyenangkan dan memudahkan segala urusan,” katanya.

Jolynn berkata, persiapan untuk uji bakat itu sudah dibuat sejak Disember tahun lalu selepas dia dihubungi AGT.

Menurutnya, dia turut mendapatkan bantuan keluarga dan rakannya demi menghasilkan kualiti video terbaik untuk dihantar kepada produksi berkenaan.

Jolynn pernah bekerja dengan ramai pemuzik ternama dan khusus dalam muzik piano klasik. Dia juga pernah menerima anugerah Gold Prize di Asia International Piano Academy Festival Competition.

AGT kembali dengan musim baharu dan memulakan episod pertamanya kelmarin. Empat jurinya, Simon Cowell, Heidi Klum, Howei Mandel dan Sofia Vergara masih dikekalkan untuk musim ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat