“Kesianlah petugas barisan hadapan”- Zahid, Najib rayu rakyat duduk rumah, tak rentas sempadan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tersebar video cabaran para petugas barisan hadapan yang berkhidmat dalam hujan badai di sekatan jalan raya (SJR).

Pengorbanan dan cabaran getir yang dihadapi ‘orang kuat’ negara itu mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Lihatlah betapa besar cabaran para barisan hadapan kita dalam usaha membendung penularan Covid-19.

“Anggota polis dan tentera kita siang dan malam bertugas untuk memastikan langkah-langkah menangani wabak itu berjaya.

“Saya percaya jika boleh mereka juga mahu sentiasa bersama keluarga pada waktu-waktu sukar begini. Namun demi negara dan kemaslahatan masyarakat, mereka gigih menggalas tanggungjawab walau dibadai ribut petir,” catat Zahid di Facebooknya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mempersoalkan “maka apa pula peranan kita sebagai anggota masyarakat awam? Bantulah mereka dengan mematuhi peraturan ditetapkan.

“Jika tiada keperluan jangan keluar rumah. Jangan cuba rentas negeri atau daerah untuk sebab-sebab yang bukan mendesak.

“Beri kerjasama penuh kepada anggota polis dan tentera kita di SJR walaupun ada surat kebenaran untuk merentas.

“Perlu semat dalam fikiran mereka sedang cuba membantu kita, sama sekali bukan mahu menyusahkan kita.

“Fahami kita sedang berperang dengan musuh yang tidak terlihat Covid-19,” seru Zahid.

Senada dengan Zahid, Najib beliau turut mendoakan kesejahteraan petugas barisan hadapan yang sedang berperang demi keselamatan negara.

“Semua okey dan selamat?

“Sama-sama kita doakan frontliners kesihatan dan keselamatan kita diberikan kekuatan sentiasa.

“Semoga dipermudahkan segala urusan,”kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat