Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Terus Menurun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di seluruh negara terus mencatatkan penurunan dalam tempoh lima hari berturut-turut sejak Ahad lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar itu merosot daripada 1.16 pada 29 Mei lalu kepada 1.12 keesokannya, 1.09 (31 Mei) dan 1.07 (kelmarin).

Data yang dikongsi melalui laman Facebook rasminya hari ini bagaimanapun menunjukkan hanya Johor mencatatkan Rt bawah nilai kebangsaan dengan 1.04, manakala Kedah merekodkan kadar sama 1.06.

Labuan pula mendahului negeri lain dengan kadar 1.49, disusuli Negeri Sembilan (1.24); Sabah (1.21); Melaka (1.19); Perlis (1.18) dan Pahang (1.13).

Pulau Pinang dan Kelantan (1.12); Perak (1.11); dan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Terengganu serta Sarawak (1.09);

Angka jangkitan harian penularan COVID-19 meningkat kepada 7,703 jangkitan yang membawa kepada jumlah kumulatif 587,165 kes.

Manakala pertambahan kes yang menyaksikan Selangor sekali lagi mencatat bilangan tertinggi dengan 2,728 kes, diikuti Kuala Lumpur (701), Sarawak (588), Negeri Sembilan (586), Johor (554) dan Kelantan (541).

Dalam pada itu angka kematian baharu yang tertinggi dengan 126 kes, setakat tengah hari semalam. -SuaraTV

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat