PKPD: MTSP bantu Pejabat Daerah Raub agih bantuan

- Advertisement -

RAUB: Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) membantu Pejabat Daerah Raub mengagihkan bantuan di Sg Chalit yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Raub.

Menurut Setiausaha Agungnya, Fadzli Mohamad Kamal, rata-rata penduduk Sg Chalit kini kehilangan punca pendapatan kerana mereka memperolehi pendapatan dari hasil kebun yang mereka usahakan.

“Jujur cakap, sebenarnya tak berapa berani jugak saya nak ke Sg Chalit bagi menghantar bekalan makanan pagi tadi.

“Masakan tidak, baru-baru ini terdapat 1 kematian di Sg Chalit akibat COVID. Malah, masih terdapat beberapa kes positive COVID yang aktif ketika ini di sana.

“Tapi, bila mengenangkan nasib penduduk Sg Chalit yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), maka gagahkan jugak diri ini untuk membantu mereka. Kalau bukan kita, siapa lagikan?” kata Fadzli.

May be an image of standing, outdoors and tree

Fadzli berkata, beliau bersimpati dengan Penduduk Kg Sg Chalit tidak dibenarkan keluar dari kawasan perumahan/ kampung mereka. Dan ada tidak dibenarkan berkerja serta tidak dibenarkan ke kebun atau ke mana-mana. Pendek kata, hanya duduk di rumah sahaja ketika PKPD ini dikuatkuasakan.

Ketika beliau dan sukarelawan MTSP Sampai sahaja di Kg Melayu Sg Chalit, tercegat sudah dua susuk tubuh pemimpin Chalit yang cukup disegani iaitu Tok 4 Jumahadi dan Ronie dan terpancar riak kerisauan di wajah kedua-duanya, ujarnya.

“Yang paling menyedihkan, mereka kini kehilangan punca pendapatan. Kerana rata-rata penduduk kampung ini memperoleh pendapatan dari hasil kebun. Bila mengenangkan hari lebaran yang hampir tiba, lagi lah sebak hati ini mengenangkan nasib mereka.

“Apapun, mari lah kita doakan penduduk Kg Sg Chalit diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah SWT dalam menghadapi ujian ini.

“Terima kasih kepada Agensi-Agensi yang terlibat membantu hari ini khususnya Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP), Pejabat Daerah, JKM, APM, JKR dan MDR, ujarnya. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat