Menteri kena tahu had kuasa, kata Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan bahawa jemaah menteri mesti maklum dan tahu tentang kuasa dan had kepada kuasanya.

Hal ini katanya, sistem tatakelola kerajaan yang sebaiknya ialah, perkhidmatan awam itu bebas dari politik, namun berfungsi melaksanakan dasar yang digubal oleh eksekutif yang terdiri dari kalangan ahli politik yang mendapat mandat melalui pilihan raya.

“Menteri mesti maklum dan tahu tentang kuasa dan had kepada kuasanya.

“Perkhidmatan awam pula mesti tahu tugas utama mereka, iaitu menterjemahkan dasar dan aspirasi kerajaan dengan professional dan setulusnya,” tegas Mohamad.

Menurut beliau, operasi kerajaan adalah urusan penjawat awam dan terpulang kepada mereka untuk mengelolakanya.

Idealnya kata Mohamad, tiada campur tangan politik dalam perkara operasi kerajaan.

“Namun dasar yang dilaksanakan mestilah dasar yang digubal oleh jemaah menteri dan menepati aspirasi kerajaan yang dipilih secara demokratik.

“Perkhidmatan awam yang bebas adalah sangat penting. Tanpa kebebasan, professionalisme perkhidmatan awam akan dikompromi.

“Namun pemisahan total perkhidmatan awam dari campur tangan politik, memerlukan profesionalisme di kedua-dua pihak berada pada tahap paling tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Jelas Mohamad, Malaysia masih mempunyai ‘governance gap’ yang sangat ketara antara perkhidmatan awam jika dibandingkan dengan sektor swasta.

“Sektor swasta di Malaysia telah jauh ke hadapan dalam memperbaiki tatakelola korporat dan perniagaan mereka , melalui sistem kawalselia yang aktif dan ‘rigorous’.

“Ruang penambahbaikan sistem tatakelola Kerajaan masih sangat luas. Maka usaha ke arah itu mesti segera digiatkan demi perkhidmatan awam yang bebas dan berkelas dunia,” ujarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat