COVID-19: Varian Afrika Selatan Mula Dikesan Di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Varian Afrika Selatan B.1.351 dikesan mulai ‘bertapak’ di negeri ini pada Ahad apabila sebanyak 10 kes direkodkan.

Varian tersebut dikesan dari Kluster Bunut Sarang Burung, Tumpat dan mempunyai kaitan lokasi geografi dan berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima, Selangor.

Perkhabaran ‘mengejutkan’ itu dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menerusi entri laman sosial rasmi agensi berkenaan.

Menerusi entri itu, JKNK Kelantan turut mendedahkan varian itu turut dikesan di negeri Perak.

“Selain itu terdapat tujuh kes lain dikesan di Selangor dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan COVID-19 varian Afrika Selatan B.1.351 ialah sebanyak 48 kes,” katanya.

Varian Afrika Selatan B.1.351 pertama kali dilaporkan di dunia pada Disember lalu di dua negara iaitu Afrika Selatan dan United Kingdom.
Sementara di Malaysia ia mula dikenal pasti pada Mac lalu.

Sejak awal tahun 2021, kewujudan varian tersebut turut dilaporkan oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia dan Korea Selatan.

Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat