Lelaki Mabuk Langgar Sekatan Jalan PKP

- Advertisement -

SEREMBAN – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban meminta agar orang awam menghargai pengobanan pihak polis yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi IPD Seremban, Sekatan Jalan Raya (SJR) Covid -19 Balai Polis Mambau, iaitu susur masuk Plaza Tol Port Dickson dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh lelaki berbangsa Cina yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

Walau bagaimanapun, kemalangan tersebut tiada kemalangan jiwa berlaku yang dilaporkan setakat ini.

Suspek telah ditahan polis dan disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,   279 Kanun Keseksaan, Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (no. 4) 2020.

“Polis IPD Seremban berharap orang ramai yang memandu kenderaan harus peka dengan keadaan sekeliling dan berhati-hati ketika memandu bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku,” tambah kenyataan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat