Final Pitch Day YAE!: Memperkasa generasi baharu usahawan seni

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Program Young Art Entrepreneur (YAE!) Kohort ke-11, anjuran Balai Seni Negara dengan kerjasama Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC), anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA), mencapai kemuncaknya menerusi Hari Pembentangan Akhir (Final Pitch Day).

Balai Seni Negara dalam kenyataan berkata Final Pitch Day yang berlangsung di Auditorium Balai Seni Negara dekat sini, baru-baru ini menampilkan barisan usahawan seni muda berpotensi dalam mengembangkan idea kreatif kepada perniagaan yang strategik dan berdaya saing.

“Program YAE! merupakan komitmen berterusan Balai Seni Negara dalam memperkasa ekosistem seni visual dan industri kreatif tempatan.

“Melalui pendekatan yang berfokus kepada pembangunan keusahawanan, program ini bertujuan melahirkan usahawan seni muda yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya tahan, sekali gus menyokong keupayaan mereka menjana pendapatan secara mampan melalui karya, produk dan perkhidmatan kreatif, ”kata kenyataan itu.

Katanya, bagi Kohort ke-11, seramai 20 peserta terpilih daripada pelbagai latar belakang kreatif termasuk seni visual, tekstil, kraf dan media digital telah mengikuti program yang berlangsung sejak September 2025.

“Sepanjang tempoh berkenaan, peserta melalui proses pembangunan yang komprehensif merangkumi aspek kreativiti, strategi perniagaan serta kesiapsiagaan pasaran.

“Antara komponen utama program termasuk Bengkel Perniagaan dan Penjenamaan yang memberi penekanan kepada strategi jenama dan pembezaan pasaran, Sesi Mentor bersama pakar industri dan usahawan berpengalaman, Pembangunan Pitch bagi memperkukuh cadangan perniagaan, serta Persediaan Akses Pasaran yang melatih peserta berinteraksi dengan pelabur dan rakan strategik.

“Final Pitch Day menjadi kemuncak kepada keseluruhan program apabila peserta membentangkan idea perniagaan masing-masing di hadapan panel penilai yang terdiri daripada pakar industri, pemain sektor kreatif dan pihak berkepentingan, ”katanya lagi.

Ujarnya, penilaian dibuat berdasarkan tahap inovasi, kebolehlaksanaan, kekuatan penjenamaan serta potensi pasaran dan platform ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta, malah membuka peluang kepada pembiayaan, kerjasama strategik dan pengembangan pasaran pada masa hadapan.

“Program ini turut mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuh ekosistem ekonomi kreatif negara dengan merapatkan jurang antara bakat seni dan keupayaan keusahawanan.

“Program YAE! menjadi landasan penting kepada usahawan seni dalam menterjemahkan idea kreatif kepada perniagaan yang berimpak dan berdaya maju, ”tambahnya.

Tambahnya, melalui penganjurannya, Balai Seni Negara menekankan kepentingan inovasi, daya tahan dan pemikiran strategik dalam melahirkan generasi baharu usahawan seni yang mampu menyumbang kepada pembangunan budaya serta ekonomi kreatif negara, di mana Final Pitch Day menjadi simbol kepada potensi, kreativiti dan masa depan industri seni kreatif Malaysia.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat