MCMC Siasat 17 Individu Sebar Maklumat Palsu Harga Bahan Api, Tarif Elektrik

CYBERJAYA, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap 17 individu yang disyaki terlibat dalam penyebaran maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik di media sosial.

Menurut kenyataan rasmi, setakat ini sebanyak lapan rakaman percakapan telah selesai dijalankan, termasuk lima kes melibatkan hantaran palsu mengenai isu kenaikan harga bahan api. Daripada jumlah itu, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini, manakala dua lagi diselesaikan semalam. 

Bagi isu tarif elektrik pula, sebanyak tiga kes sedang disiasat. Dalam masa sama, baki sembilan lagi individu kini dalam pemantauan dan akan dipanggil untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial yang boleh mengelirukan orang ramai. Penyebaran maklumat palsu, khususnya berkaitan isu ekonomi seperti bahan api dan elektrik, berpotensi mencetuskan panik serta kegelisahan dalam kalangan pengguna.

Sehubungan itu, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang, selain mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi di media sosial.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat