GST hanya akan diperkenal semula jika persekitaran ekonomi sesuai -MOF

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) hanya akan diperkenalkan oleh kerajaan sekiranya persekitaran ekonomi bersesuaian.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, kerajaan juga akan mengambil kira kesan inflasi sebelum membuat sebarang keputusan.

Buat masa ini jelas beliau Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan dilihat mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding GST.

“Buat masa ini, kerajaan belum berhasrat untuk memperkenalkan GST.

“Tumpuan juga diberikan kepada rasionalisasi subsidi pada tahun ini,” katanya di Dewan Negara, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang ingin tahu perancangan kerajaan selepas penangguhan Cukai Barang Bernilai Tinggi.

Tambah Hui Ying kerajaan akan terus mengutamakan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.

“(Kerajaan juga) memperkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai kepenggunaan baharu.

“Sebarang perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan akan diteliti untuk memastikan ianya bersifat progresif dan menjana hasil mampan kepada kerajaan tanpa memberi impak negatif kepada rakyat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat