DAP risau tidak cukup penyertaan Melayu

- Advertisement -

PETALING JAYA: DAP tidak pernah risau jika ada terlalu ramai bilangan orang Melayu dalam parti tersebut, sebaliknya mereka risau jika tidak cukup penyertaan daripada orang Melayu.

Itu kebimbangan disuarakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung kesan penyertaan orang Melayu dalam parti itu.

Menurut beliau, dalam konteks di Malaysia, sekiranya DAP mengambil pendirian ekstrem, ia tidak akan ke mana-mana dan mereka akan menjadi parti yang tidak mendapat sokongan daripada peringkat arus perdana Persediaan Ramadan dan majoriti rakyat Malaysia.

Malah katanya, jika satu ha­ri nanti lebih ramai Melayu ber­ban­ding Cina dalam DAP, biarlah ia terjadi, apa masalahnya?

Justeru, kata bekas Menteri Pe­ngangkutan itu, bagi menarik pe­nyertaan lebih ramai orang Melayu, pemimpin-pemimpin da­­lam parti tersebut perlu me­ngu­bah corak dan pendekatan me­reka untuk menarik ramai kaum itu menyertai mereka.

Katanya, pemimpin parti tidak ha­rus meletak tanggungjawab me­rekrut ahli Melayu hanya ke­pada pemimpin Melayu DAP se­mata-mata, malah semua per­lu sama-sama menjalankan tu­gas itu.

“Kita tak pernah risau jika ada ter­lalu ramai Melayu dalam parti. Tiada masalah pun bagi kita, se­bab DAP bukan ditubuhkan de­ngan perlembagaan bahawa parti ini mesti dipimpin oleh kaum Cina.

“Jadi pemikiran dalam DAP juga kena ubah, ia bukannya bahawa untuk tarik sokongan Melayu, tu­gas itu hanya kepada Young Sye­fura Othman atau hanya kepada Shahredzan Johan.

“Di kawasan saya misalnya, ada lebih 40 peratus Melayu. Jadi saya juga berperanan untuk tarik sokongan orang Melayu,” katanya kepada Mingguan Malaysia, baru-baru ini.

Dalam pada itu, katanya, be­liau tidak risau jika pendekatan DAP yang sederhana bakal me­ngurangkan sokongan kaum Cina yang melihat parti itu semakin ca­ir sifat kecinaannya, kerana par­ti itu tidak menetapkan syarat pe­mimpinnya haruslah dipilih da­lam kalangan kaum Cina semata-mata.

“Itu yang kita mahu bezakan ba­hawa kita bukan satu parti per­kauman. Memang betul sokongan kita banyak daripada pengundi Cina.

“Tapi Perlembagaan kita tak na­fikan penyertaan Melayu. Ji­ka satu hari nanti lebih ramai Me­layu berbanding Cina dalam DAP, biarlah ia terjadi, apa ma­sa­lahnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, per­alihan sokongan undi kaum Ci­na terhadap MCA dalam Pi­lihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, didorong faktor perkhidmatan calon.

“Kalau kita lihat analisis be­tul-betul, swing kepada MCA hanya di satu, dua kerusi saja terutama di kerusi DUN Yong Peng. Ini memang jelas ada swing pengundi Cina kepada MCA. Tapi ini sebab isu mikro, bermaksud ia menggembleng sumber dan betul-betul fokus di kawasan itu.

“Mereka letak calon di sa­na yang bekerja di kawasan sepanjang masa, sejak selepas pilihan raya umum lepas. Di Yong Peng, strategi MCA adalah calon yang telah kalah sewaktu PRU14, dia tetap teruskan khidmat seperti seorang wakil rakyat,” katanya.-

MINGGUAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat