Amalkan Pemakaian Pelitup Muka Dan Kawalan Kendiri – PM

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaaakob menyeru rakyat Malaysia agar tidak leka dan terus mengamalkan pemakaian pelitup dan kawalan kendiri walaupun kerajaan telah memberi kelonggaran dalam Fasa Peralihan Endemik yang telah bermula pada 1 April lepas.

Jelasnya, walaupun kita diberikan kelonggaran, tetapi pemakaian pelitup muka di tempat awam masih diwajibkan. Jangan leka dan terus mengamalkan kawalan kendiri.

Katanya lagi, sepanjang kita diuji dengan pandemik COVID-19, umat Islam di Malaysia tidak dapat mengimarahkan masjid seperti menganjurkan majlis berbuka puasa dan moreh, manakala solat fardhu dan tarawih berjemaah terikat dengan SOP yang ketat.

“Alhamdulillah, kita kini dalam fasa peralihan ke endemik, yang membolehkan Keluarga Malaysia kembali kepada kehidupan normal,

“Sepanjang kita diuji dengan pandemik COVID-19, umat Islam di Malaysia tidak dapat
mengimarahkan masjid seperti menganjurkan majlis berbuka puasa dan moreh, manakala solat fardhu dan tarawih berjemaah terikat dengan SOP yang ketat,

“Pada Ramadan tahun ini, umat Islam dapat kembali merapatkan saf untuk menunaikan solat fardhu dan tarawih secara berjemaah, serta menyemarakkan program ihya Ramadan, tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.” katanya sewaktu menyampaikan Ucapan Khas Sempena Ramadan 1443 secara langsung menerusi platform siaran televisyen tempatan malam semalam.

Ismail Sabri berkata lagi, pihaknya percaya ramai rakyat Malaysia yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Ramadan kali ini kerana tidak berpeluang menyambutnya pada Ramadan yang lepas.

Tambah Ismail Sabri lagi, amat penting bagi umat Islam memelihara hubungan bukan sahaja dengan Maha Pencipta, tetapi juga dengan sesama manusia.

“Sekali saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat berpuasa kepada seluruh Keluarga Malaysia yang beragama Islam. Ramadan disyukuri, insafi diri,” ujarnya.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat