Peralihan Endemik: Cahaya Kesyukuran Di Wajah Rakyat

- Advertisement -

Fasa peralihan Endemik yang bermula semalam (1 April) amat dinantikan keseluruhan rakyat Malaysia.

Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik dengan pembukaan semula sempadan negara melalui udara dan darat ekoran pandemik COVID-19.

Peralihan itu menyaksikan pelbagai kelonggaran diberikan semula bagi meningkatkan ekonomi masyarakat #KeluargaMalaysia ke arah yang lebih produktif dan berdaya saing semula disamping terus mengamalkan norma baharu gaya hidup sihat.

Peralihan ini memberi kesan baik kepada sosioekonomi, dengan keluarga dapat bersatu semula setelah lama terpisah dan semakin banyak perniagaan boleh diteruskan apabila orang ramai mula meneruskan kehidupan seperti biasa

2 tahun yang memeritkan kita semua di Fasa Pandemik banyak menghadirkan penderitaan, kisah sedih, emosi, kerinduan, putus asa, dan rasa marah.

Ada yang kehilangan ibubapa, ahli keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan. Ada juga yang kehilangan pekerjaan, ada juga terpisah dengan ahli keluarga akibat sekatan rentas negeri dan negara, ada yang kemurungan, ketakutan (anxiety) dan sebagainya.

Apabila Pak Long Ismail Sabri mengumumkan pembukaan sempadan negara semestinya menghadirkan kesyukuran, kegembiraan kepada kita semua.

Di pintu sempadan Tambak Johor misalnya, rakyat Malaysia yang sudah 2 tahun tidak bertemu ahli keluarga tersayang sudah menunggu 1-2 jam sebelum di buka. Tepat jam 12.01am, mereka melaungkan rasa syukur, rasa gembira yang tidak dapat digambarkan.

Ada yang sanggup berjalan 1.5km untuk ke Johor Bahru sambil menyanyikan lagu “Negaraku” dan “Balik Kampung” seakan menyambut Aidilfitri.

Airmata siapa tidak akan gugur dengan pengumuman ini, kegembiraan ini pasti akan dijadikan kenangan yang tidak akan dilupakan

Terima kasih PAK LONG ISMAIL SABRI yang cukup memahami rakyatnya. Peralihan ini membawa sinar wajah kesyukuran dan kegembiraan buat rakyat Malaysia.

Ahmad, Kuala Lumpur

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat