Boko Haram Dakwa Tembak Jatuh Jet Tentera Udara Nigeria

MAIDUGURI: Kumpulan pemberontak Boko Haram mendakwa telah menembak jatuh sebuah jet pejuang Tentera Udara Nigeria pada Jumaat, dua hari selepas pesawat itu hilang di timur laut negara itu.

Dalam video dipercayai daripada Boko Haram, tertera tulisan “NAF 475” pada bangkai pesawat yang hangus terbakar.

Seorang militan bertopeng dilihat berdiri di atas bangkai pesawat dan mendakwa ia “jet pejuang Tentera Udara Nigeria 475”.

Rakaman itu kemudian menunjukkan mayat dipercayai anggota tentera.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan video tersebut.

Jurucakap tentera udara berkata satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Dalam kenyataan terdahulu pada Jumaat, tentera udara negara itu mengeluarkan kenyataan berikut:

“Pesawat Alpha Jet (NAF475) hilang dari radar dengan dua kru pada 31 Mac 2021 mungkin terhempas.

“Punca kemalangan serta keberadaan 2 juruterbang masih belum diketahui.”

Kehilangan pesawat Tentera Udara Nigeria (NAF) Alpha Jet 475 itu memberi tamparan kepada usaha Nigeria untuk memerangi pemberontakan di timur laut.

Ia dalam usaha negara itu membendung penyebaran pengaruh Boko Haram dan Daish.

– Astro Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Suntikan vaksin Pfizer mungkin perlu dos ketiga

WASHINGTON: Suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi. Ketua Pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata vaksinasi tahunan untuk melawan...

Pemilik Kapal Kontena MV Ever Given Diarah Bayar Ganti Rugi RM3.715 Bilion

KAHERAH - Mahkamah di Mesir memerintahkan kapal kontena Ever Given yang baru-baru ini menyekat Terusan Suez selama seminggu, untuk ditahan. Ia sehingga kapal itu membayar...

Covid-19: Varian Afrika Selatan ‘Menembusi Kekebalan’, Pfizer Tidak Mampu Melawan?

BAITULMUQADDIS: Varian koronavirus yang ditemukan di Afrika Selatan dilaporkan dapat ‘menembusi kekebalan’ vaksin Covid-19 dihasilkan Pfizer-BioNTech sehingga ke sesuatu tahap tertentu. Penemuan itu berdasarkan satu...