Seri Kembangan- Tiga anak kepada Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar, bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd, telah menerima dua sumbangan wang tunai serta barangan keperluan sebagai sokongan sempena bulan Ramadan.
Dua sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM), Izwan Khairuddin, dan juga wakil petugas media, Yuisriah, yang telah berusaha mengumpul dana daripada rakan-rakan pengamal media untuk membantu keluarga tersebut.
Izwan, ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan di kediaman penjaga anak-anak itu di Jalan KP 2, Kota Perdana Seri Kembangan, berharap agar sumbangan tersebut dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh tiga anak-anak berkenaan.
Beliau turut menambah bahawa sumbangan ini diharap dapat memberi sedikit keceriaan dan membantu keluarga tersebut dalam mengharungi dugaan berat yang menimpa mereka.
“Kami berharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat sedikit meringankan bebanan yang mereka pikul. Kami juga mendoakan agar segala urusan mereka berjalan dengan lancar,” kata Yuni Izwan yang ditemui pemberita selepas majlis penyerahan.
Muhammad Basir, yang berusia 45 tahun, telah meninggal dunia pada 16 Februari 2025 lalu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, meninggalkan tiga anak, berusia antara 10 hingga 15 tahun.
Isteri Allahyarham, Nor Azlina, yang juga merupakan bekas jurufoto di Kumpulan Utusan, turut meninggal dunia pada 17 Oktober 2023.
Sebarang bentuk sumbangan boleh disalurkan ke akaun penjaga mereka akaun penjaga mereka, Siti Salha Bt Abu Bakar (CIMB 7618419995)