‘Putus Hubungan Dengan Bersatu Sebelum Parlimen Bersidang’ – Ku Li

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi UMNO digesa mengadakan mesyuarat tergempar bagi membuat keputusan supaya kesemua ahli-ahli Parlimennya memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, tindakan itu bagi memastikan undi dibuat dalam usaha untuk menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

“UMNO perlu membuat keputusan dengan meminta ahli-ahli Parlimen semua parti komponen Barisan Nasional (BN) turut sama mengundi menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sebelum Parlimen dipanggil bersidang,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya pada Selasa.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini menzahirkan pendirian untuk tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Antara beberapa ahli politik lain yang mengikut langkah sama termasuk Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Sebelum ini, beliau juga telah mengutus surat bertajuk Usul Tidak Percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada 220 ahli Parlimen.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini mendakwa 147 UMNO Bahagian seluruh negara menolak kerjasama dengan Bersatu.

Konflik itu juga jelas apabila mesyuarat pada 1 hingga 3 Januari lalu yang menyaksikan 147 Ketua UMNO Bahagian menolak kerjasama berkenaan – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat