Fokus “Perangi” Covid Dan Cuti Politik Gesa Salleh Keruak

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Dato’ Seri Salleh Said Keruak menggesa ahli politik bersama -sama membantu kerajaan bagi memerangi penularan Covid-19 dan bercuti dari politik bagi menjayakan agenda tersebut.

Katanya, negara terutamanya barisan hadapan kini sedang bergelut untuk memastikan virus Covid-19 yang menggemparkan seluruh dunia ini dapat diselesaikan.

Jelasnya lagi, sinar baharu mula tiba selepas vaksin Pfizer-BioNTech sampai dan harapan rakyat kembali bersama dalam usaha mengakhiri pandemik itu.

“Justeru secara peribadi saya berpandangan perkara berkaitan politik perlu diketepikan bagi memberi laluan kepada penyelesaian masalah. Mari kita sama-sama memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan tindakan-tindakan penting bagi menangani Covid-19.

“Rakyat mahukan ekonomi dan kesihatan rakyat seiring bangkit dan pulih. Rakyat juga jemu sesama pemimpin berpolitiking kerana apa yang penting adalah hasil dan bantuan berterusan untuk menyelamatkan mereka,” catat beliau dalam blognya.

Ujarnya lagi, untuk mencapainya, semua pihak perlu cari titik persamaan dan ketepikan perbezaan seketika. Fokus perlu diberikan utk memerangi covid-19. Bercutilah daripada politik demi menyelamatkan ekonomi. Namun setiap tindakan perlu dilaksanakan dengan sepenuh hati dan bukan hanya untuk mencipta nama serta berlumba-lumba menjadi juara.

Dalam Tempoh setahun ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan betapa seriusnya langkah kerajaan untuk menangani Covid-19. Ia bukan mudah untuk dilaksanakan dalam suasana politik yang tidak stabil. Bagaimanapun, saya perhatikan beliau mampu menguruskan perbezaan dengan tenang dan fokus, kata beliau lagi.

“Walaupun berhadapan serangan dan kritikan dari pelbagai sudut dari tokoh-tokoh, beliau tetap tenang. Sebagai seorang berpegang pada prinsip demokrasi, beliau juga memberi komitmen sepenuh hati untuk menyerahkan pada rakyat pada Pilihan Raya Umum kelak.

“Saya yakin proses demokrasi akan berlangsung selepas keadaan mengizinkan, dimana waktu itu Covid sudah terkawal.

“Hak memilih adalah di tangan rakyat dan rakyat memilih selepas mengambilkira pelbagai faktor. Samada mereka mengundi kerana Parti, berdasarkan Isu semasa atau persekitaran? Hanya rakyat boleh menjawab hal ini dan ini adalah hak mereka,” tegasnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat